BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 11, 2009

bab 5

Diana mula bimbang. Azaliana pun suka Fareez? Tidak!! Dia amat pasti jika Fareez diberi pilihan antara dia dan Azaliana, Fareez pasti akan memilih Azaliana. Pertama, Azaliana lebih cantik daripadanya. Kedua, Azaliana lebih rapat dengan Fareez berbandingnya.

‘Tidak!!! Aku mesti memiliki Fareez!!! Mesti!!!!’ raung Diana dalam hatinya.

“Faham tak?” soal Fareez sejurus menerangkan konsep perundangan Seksyen 304 kepada Azaliana. Azaliana sekadar mengangguk.

“All right! That’s all for today!” Azaliana masih tidak bersuara. Dia mengemas buku-bukunya lalu bersedia untuk meninggalkan bilik kuliah itu sebelum lengannya sempat dipaut oleh Fareez.

“Hei!! Apa nih? Kenapa main pegang-pegang?” jerkah Azaliana. Terkejut Fareez dibuatnya.

“Aza.. please don’t yell at me anymore..” Walaupun suara Fareez tidak meninggi, namun keseriusan suara Fareez itu mampu menzipkan mulut celopar Azaliana.

“Boleh teman saya gi makan lunch tak?” tanya Fareez sopan. Azaliana terkejut. Makan tengah hari? Tapi.. dia dah janji dengan Diana.

“Er.. saya.. dah janji dengan..” Sebelum Azaliana menghabiskan kata-katanya, Fareez menyampuk.

“Aza.. no more excuses..” Azaliana hanya mengakur pada arahan seniornya itu.

“Kenapa? Tak lalu makan?” soal Fareez sejurus melihat pinggan Azaliana masih tidak bersentuh lagi.

Azaliana tersenyum hambar.

“Saya tak suka dipaksa orang.” Walaupun sebaris kata Azaliana itu cukup lembut diperkatakan, ia mengandungi maksud tersirat yang mendalam.

Fareez mengangkat keningnya.

‘Minah ni.. memang berani betul!’ Fareez berdetik.

“Senior, buat apa angkat-angkat kening tu? Macam alien je lah. Awak tau tak!” sindir Azaliana.

“Oh ya ke? Saya cuma belajar daripada awak. Ada ke pelajar yang pergi jumpa professor untuk tukar senior. Alasan yang diberi, tidak menyukai senior. Itu memang alien dari Pluto!” sindir Fareez memulangkan paku keras kepada Azaliana. Azaliana terpempan.

‘Mamat nih. Macam mana dia tau yang aku jumpa Prof?’ Azaliana geram.

Fareez tersenyum sinis.

“Oh senior. Kalau saya tau awak nak sakitkan hati saya, lebih baik saya tak nak keluar ngan awak!” Azaliana mengeluarkan dompetnya lalu membaling dua keping wang ringgit sepuluh ringgit di atas meja makan.

“Ini pasti cukup untuk hari ni kan?” Azaliana terus berlalu dari kawasan tersebut.

Fareez lantas bangun dan mencapai lengan Azaliana.

“Apa nih????” jerkah Azaliana sekali lagi. Kali ini, Fareez tidak mampu bersuara lagi. Perbuatan dua insan ini mengundang bisikan dan sindiran pengunjung restoran itu.

“Aza.. hear.. hear my explaination..” Kelembutan ucapan Fareez mengunci mulut Azaliana.

“Aza.. I.. I love you..” Kalimah cinta yang terpacul dari mulut Fareez Fairuz memeranjatkan Azaliana.

‘Apa? Aku nih tak korek tahi telinga ke?’ Azaliana berdetik. Tidak mungkin!! Tidak mungkin Fareez suka kat aku!!

“Aza… sejak.. sejak awak menjadi junior saya, I falled in love with u.. I.. I tahu mungkin Aza tak suka saya… Tapi.. Tapi. . perasaan ini memang tak dapat dibendung.. Aza.. can you offer me an opportunity?” Fareez berucap penuh harapan. Mata Fareez dan Azaliana saling bertaut.

“What can make me accept you?” soal Azaliana sinis.

“It takes millions of people to complete the world, but it only takes you to complete mine!”

‘Adess.. syahdunya.. Cair aku!!’ Azaliana berdetik. Namun, ego menghalangnya daripada menerima cinta Fareez.

“Sorry… I can’t accept you. Kalau awak betul-betul suka saya, pikatlah saya selepas saya tamat pengajian. Remember, true love never dies, it only gets stronger with time..” Azaliana berlalu dari situ sambil tersenyum, meninggalkan Fareez terkial-kial sendirian.

‘Apa nih? True love only gets stronger with time?? Aza kata masa akan menguatkan cinta.. Maknanya, masa akan menguatkan cinta dia? Atau pun cintaku?’ Pelbagai soalan menerjah benak fikiran Fareez. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Habis semua barang di dalam bilik dipecahkan oleh Diana.

“Hipokrit!!!! Aku benci!!!” raung Diana.

Azaliana yang baru sahaja memulas tombol pintu asrama terpempan!

“Diana… kenapa.. kenapa awak tiba-tiba meraung je?” soal Azaliana cemas.

“Aza…. Aza…” Diana mula menangis. Azaliana lagilah saspen!!

“Diana.. cuba.. cakap perlahan-lahan.. Kalau awak ada apa-apa masalah, boleh luahkan pada saya..” Azaliana cuba memujuk rakannya yang kononnya amatlah ‘moody’ itu.

“Aza… saya.. saya cinta sangat kat dia.. Dia.. dia pun cakap dia cinta saya.. Tapi.. tapi sekarang..” Tersekat-sekat percakapan Diana kerana dia menangis terlalu ‘hebat’.

“Diana.. tak pe… Dia kenapa?” Azaliana yang agak ‘bodoh’ itu masih dengan pujuk rayunya.

“Dia confess kat perempuan lain.. Dia hipokrit!!!!!” tangisan Diana semakin menjadi-jadi.

“Apa? Isyhh!! Janganlah cinta dia lagi. Buruk lah orang cam tu.. Saya sumpah dia jadi botak!!” Azaliana mencebik bibirnya. Namun, yang hairan, gurauan itu sedikit pun tidak meredakan tangisan Diana.

“Diana…”

“Aza.. orang tu ialah…. Ialah.. Fareez….” Diana terus menangis. Azaliana terkedu, terperanjat dan terpempan. Fareez? Jejaka yang baru saje confess pada dia tadi.. Maknanya, dia perampas boyfriend rakan baik dia sendiri?

“Ya RABBI!!! Diana.. sorry.. saya.. saya tak akan accept dia, k?” Azaliana menarik Diana ke dalam pelukannya. Tangisan Diana semakin reda. Diana tersenyum sinis secara sembunyi.

‘Hahaha…. Aza.. janganlah kau menyalahkanku.. Aku memang macam nih! Agaknya awak lah yang bodoh sangat tu!!Fareez.. I will make sure that I be the only hand you ever need to hold!!! Hahaha!!!!!!!’ Diana ketawa dalam hatinya. Namun, dia tetap menangis bagi mengaburi mata Azaliana dengan lakonannya yang hebat itu.

Deringan telefon bimbit Fareez Fairuz menghentikan lamunannya.

“Halo…” jawab Fareez malas.

“Hello.. Riz.. Bob ditimpa.. ditimpa malapetaka.. Dia kena cucuk kat punggung.. Macamm… Macamm Azman tu!!!” Diana menyampaikan berita itu kepada Fareez. Berita ini merupakan halilintar yang membelah bumi Fareez. Telefon bimbit terlepas dari tangannya. Dia terpempan! Kena cucuk!! Azman Rizan? Oh Tuhan.. janganlah!

bab 4

“Liana.. nape awak murung aje?” Diana berasa hairan melihat wajah Azaliana yang murung itu. Mestilah. Aza kan periang.. Aza kan pembawa tuah… Aza kan kuat berceloteh. Tapi, Aza hari ini sungguh berlainan.

“Diana.. saya sedih. Saya.. saya dah jatuh cinta kat Fareez..” Perlahan sahaja suara Azaliana namun itu sudah mencukupi untuk menjadikan Diana terpempan.

‘Dia pun suka? Aku macam mana?’ detik hati Diana.

“Diana…” sahut Azaliana tatkala Diana tidak mempamerkan sebarang reaksi.

“Er.. Liana.. er… awak jatuh cinta kat dia kan? Pas tu?”

“Saya. Tadi ada seorang gadis bernama Nana telefon Fareez pas tu kata sayang pulak..” Riak wajah Diana terus berubah masam.

“Cool down man.. Jangan risau kay?” Bob cuba memujuk Fareez.

“Tapi, argh!!! Pening aku!!!!!!!!” Fareez merungut. Dia meraup mukanya beberapa kali.

“Er.. Riz.. awak..”

“Apa? Janganlah tergagap-gagap pulak. Cepatlah cakap. Aku dah pening ni. Awak ni macam baby aje. Cakap pun tak reti!” gurau Fareez. Bob tersenyum.

“Isyhhh awak ni kan… Masa macam ni awak pun reti bergurau yek! Not bad!” puji Bob.

“Bob.. saya tau awak nak cakap apa. Selama ini, saya tak pernah pun runsingkan mana-mana perempuan. Tapi Aza.. entah saya tak tahu lak!”

“Riz.. tu lah.. saya kan dah pesan. Control sikit perasaan awak tu! Ramai senior yang kecundang di tangan junior mereka tau!” sindir Bob. Fareez merenung Bob tajam.

“Okay , okay!” Bob mengangkat kedua-dua tangannya ke atas tanda berserah.

“Apa? Bagi saya tiga alasan yang munasabah!” tegas Profesor Madya.

“Prof.. saya benar-benar tak suka Fareez Fairuz itu!!!!!!!!” Suara Azaliana kedengaran lebih tinggi sekarang.

“Itu saje ke alasan awak?” sindir Profesor Madya. Azaliana terkedu.

Sebenarnya Profesor Madya sudah tahu bahawa Azaliana sedang mencampur adukkan hal peribadinya dengan hal di kampus. Ini sudah salah. Dia tidak sama sekali akan membenarkan Azaliana berbuat demikian. Kerana Azaliana merupakan bakal peguam yang mampu menggegarkan pihak lawan.

“Prof.. tolong la..” rayu Azaliana.

“Aza.. saya sebenarnya sudah tahu apa yang sedang dihadapi oleh awak ni. Saya harap awak jangan mencampur adukan hal peribadi dengan pelajaran awak di kampus ini lagi! Okey?” Suara Profesor Madya kedengaran tegas dan serius.

“Tapi…”

Sebelum Azaliana sempat menghabiskan kata-katanya, Profesor Madya bertegas, “Muktamad!”

“Baik, prof!” Perlahan saje suara Azaliana. Macam nyawa-nyawa ikan.

‘Fuh! Nasib baik aku sempat hubung Prof tadi!’ detik hati Fareez. PIntu kuliah dikuak. Fareez tersenyum. Pasti Azaliana sedang bermasam muka.

Sangkaannya tepat!

“Awak pergi mana semalam?” Suara Fareez kedengaran serius saje.

Azaliana tidak menghiraukan pertanyaan seniornya itu.

“Aza.. I am talking to you!”

“Fareez Fairuz bin Tan Sri Zaki Abdullah! Jangan ganggu saya boleh tak???????” Suara Azaliana kini makin meninggi. Terkejut Fareez dibuatnya.

“Aza.. what are you talking about?” Suara Fareez mendatar sahaja. Kesabarannya masih mampu membendung kemarahannya yang tinggi memuncak itu. Tidak pernah seorang gadis yang meninggikan suara terhadapnya.

“Fareez Fairuz, don’t ever disturb me!!!!!!!” suara Azaliana masih meninggi.

“Aza, I am your senior. Macam mana lah saya tak nak bercakap dengan awak?” Suara Fareez lembut sahaja. Kelembutan suara Fareez itu sedikit sebanyak mampu menyejukkan hati Azaliana.

“Saya… saya…” Azaliana menjadi serba salah pula.

“Never mind. Let’s continue our lesson, okay?” Azaliana lantas menganggukkan kepalanya.

“Uncle, ada apa hal yang uncle tergesa-gesa nak jumpa Nana nih?” Nana bertanya kepada Tan Sri Zaki Abdullah. Nana merupakan anak yatim piatu. Ibu bapanya turut merupakan rakan seperjuangan Tan Sri Zaki Abdullah. Tan Sri Zaki menyayangi Nana bagaikan anak gadis sendiri. Ibu bapa Nana telah meninggal dalam sebuah kemalangan yang dahsyat semenjak Nana berusia sembilan tahun.

“Hmm.. Nana.. awak suka Fareez tak?” tanya Tan Sri Zaki. Nana tersedak. Pertanyaan itu tepat mengenai batang hidungnya. Selama ini, dia hanya menganggap Fareez sebagai abangnya. Namun, benih cinta semakin bercambah dari sehari ke sehari.

“Uncle.. kalau saya suka Fareez.. Fareez tak suka saya pun.. tak boleh jadi kan?” Tan Sri Zaki tersenyum. Begitulah sikap Nana. Sanggup berkorban demi kepentingan orang lain. Kini, dia amat pasti akan perasaan Nana terhadap anak terunanya itu.

“Uncle bercadang nak jodohkan Fareez dengan Nana..” Pernyataan Tan Sri Zaki itu sedikit pun tidak menggembirakan Nana.

“Uncle, janganlah. Nana amat pasti, Fareez tak suka Nana. Dia suka akan seseorang.” Kening Tan Sri Zaki terangkat.

“Macam mana pulak nih?” Tan Sri Zaki bertanya.

“Uncle, hari tu Nana telefon Fareez. Bukan dia yang angkat. Seorang gadis yang angkat kot kalau tak silap Nana. Pas tu Fareez amat risau akan gadis itu. Kerana gadis itu cemburu sebab Nana sengaja guna perkataan “Sayang”!” terang Nana tentang kejadian tempoh hari. Ketawa Tan Sri Zaki meledak.

“Ya ke?” Tan Sri Zaki tidak sabar untuk mengetahui siapakah gerangan si gadis itu. Kuat cemburu betul.

“Kuat cemburu pun tak pe lah uncle. Boleh lah menyerlahkan ‘kesabaran’ Fareez kan?” gurau Nana. Tan Sri Zaki ketawa. Fareez kan panas baran? Ketawa kedua-dua anak-beranak angkat itu meledak kuat.

bab 3

Suasana UKM hingar-bingar, haru-biru, huru-hara dan kelam-kabut. Setiap pelajar dikejutkan dengan berita yang baru dilemparkan. Seorang pelajar lelaki yang bernama Azman Rizan dicederakan di punggungnya. Punggung Azman Rizan telah ditikan dengan sebilah pisau yang tajam. Kini Azman Rizan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan sedang diselamatkan di bilik pembedahan ICU.

Dipercayai bahawa pisau yang digunakan mengandungi racun pada bilahnya. Racun telah merebak ke pinggang Azman. Pendarahan tahap kritikal menyebabkan Azman Rizan dihantar ke wad ICU.

Senior Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Forensik diarahkan ke tempat kejadian. Fareez mengetuai senior-senior tersebut. Masing-masing diberikan tugasan oleh Profesor Puan Madya Rohani, ketua pensyarah Fakulti Forensik. Fareez meronda di sekitar tempat kejadian itu.

Matanya menangkap kesan tapak kaki.

‘Bekas tapak kaki agak besar. Rasanya saiz Bata 9. Ada cop bintang!’ rungut Fareez sendirian. Dia lantas menekapkan bekas tapak kaki itu pada sekeping plastik lut sinar. Matanya terbeliak. Sebatang anak rambut turut kelihatan. Dia mengambil bukti itu dengan penuh berwaspada.

Azaliana tekun mengulangkaji pelajaran. Beberapa jenis kanun keseksaan telah dihafal. Ini akan membantunya dalam peperiksaan semester pertama yang bakal dihadapinya. Azaliana merungut sendirian. Deringan telefon menyedarkan Azaliana daripada lamunannya. Dia meraba-raba poketnya. Pelik. Telefon bimbitnya tidak berisyarat.

‘Takkanlah hantu? Oh no!!’ Azaliana meraup mukanya. Namun, vibration yang terhasil menunjukkan telefon bimbit Fareez sedang berbunyi.

Azaliana menarik nafas lega. Dia menjawab panggilan itu.

“Halo, darling. Tengah buat apa tu?” kedengaran seorang gadis sedang merengek manja. Telefon bimbit terlepas daripada pegangan Azaliana. Air matanya mengalir jua. Hatinya remuk-redam, resah-gelisah. Cintanya hancur punah. Segala impiannya selama ini hancur musnah.

Azaliana meneliti nama gadis genit itu.

“Nana….” Azaliana berkata perlahan. Dia lantas berlari keluar dari bilik kuliah itu. Air mata yang berderasan tidak dikesat. Keredaman hati tidak dapat diubati lagi. Dia tekad! Dia tekad untuk melupakan Fareez Fairuz bin Tan Sri Zaki Abdullah.

Fareez terkejut. Telefon bimbitnya berada di atas lantai.

“Masya ALLAH. Tadi kan letak atas meja!” rungut Fareez. Yang pelik lagi, Azaliana tidak kelihatan di dalam bilik kuliah itu.

‘Aku mesti gi cari dia!’ Fareez bertekad. Sebaik sahaja Fareez berlangkah keluar dari bilik kuliah itu, telefonnya berdering. Nana!

“Hello…” Fareez menjawab malas.

“Riz, kenapa tadi awak putuskan talian?”

“Apa?” Fareez tidak faham.

“Awak ni tak faham ke? Tadi saya call awak, awak ada jawab tapi lepas tu saya terdengar telefon awak tu jatuh…”

Kini, Fareez tahu. Pasti Azaliana sedang cemburu dan merajuk. Fareez tersenyum lebar.

“Er.. Nana, tadi saya nak terkencing lah!”

“Apa? Hahahaha….” Nana berasa sungguh lucu atas kata-kata Fareez itu. Fareez terus memutuskan talian. Baginya, dia perlu mencari Azaliana sampai dapat! Itu paling penting!

Monday, July 20, 2009

cinta menggamit tubuhku bab 2

Suasana Tunas Manja yang terletak di Jalan Haji Ahmad penuh sesak. Pengunjung berpusu-pusu keluar dan masuk ke dalam Tunas Manja. Ada yang membeli sayur, ada yang membeli daging manakala ada yang membeli barang keperluan harian. Beg-beg plastik dijinjing. Gas oksigen semakin berkurangan. Azaliana berasa sesak nafas. Dia sedang mencari air mempelam. Matanya tercatap pada sebotol air mempelam. Dia bergegas menuju ke arah itu. Malangnya, sepasang tangan lebih pantas daripadanya. Seorang gadis Melayu yang tidak menutup auratnya merampas air mempelam itu lantas menuju ke kaunter. Azaliana mengeluh hampa. Dia masih teringat akan perbualannya dengan Fareez semalam.

********************************

Fareez mengeluh hampa. Azaliana menyedarinya lantas bertanya, “Kenapa, senior? Ada masalah ke?”

Fareez sekadar tersenyum hambar.

“Tak de lah. Cuma rindu aje air mempelam.”

Azaliana hairan. Mungkinkah seorang lelaki yang sudah melangkah ke era dewasa meminati air mempelam?

“Saya suka air mempelam sebab .. That’s the favourite drink of my ex-girlfriend!” Fareez menjawab seperti sudah tahu akan apa yang bermain-main dalam minda Azaliana. Sekelumit rasa cemburu menyerang Azaliana.

“Awak.. masih suka dia ke?” Suara Azaliana sedikit bergetar.

“Ya.. tapi.. mungkin.. kami tak de jodoh kot.. Dia yang tinggalkan saya..”

Azaliana terlopong. Mungkinkah lelaki sekacak Fareez dan semulia Fareez ditinggalkan?

“Kenapa?” Perlahan sahaja suara Azaliana. Dia amat takut untuk mengutarakan soalannya tadi. Dia takut, dia akan menyinggung perasaan seniornya.

Fareez tersenyum hambar demi menutup kekecewaan yang dialaminya. Luka dan parut yang mendalam terukir pada hatinya. Tidak akan sembuh!

“Dia curang..” Suara Fareez sedih aje. Azaliana serba salah.

“Maaf.. saya.. saya tak sepatutnya mengutarakan soalan ini.. Saya..”

Menyedari bahawa Azaliana berada dalam keadaan serba salah, Fareez memujuk, “Tak pe.. Lagipun.. That’s the history.. Semalam kenangan, hari ini kenyataan, esok harapan, kan?”

Azaliana tersenyum hambar. Okeh itu, dia tekad untuk mencari air mempelam untuk Fareez. Kata orang tua-tua, penawar luka seseorang adalah racunnya!

********************************

Azaliana mengeluh hampa. Dia memandu kereta Proton Myvi yang disewanya bulan lepas dan menuju ke Pasar Raya Eng Hong. Keadaan yang sama turut dialami. Namun, demi Fareez, dia terpaksa melalui kesesakan nafas yang menyerangnya.

Tiada juga air mempelam yang dicarinya. Dia lantas menuju ke beberapa buah pasar raya. Dua jam telah berlalu. Azaliana mengeluh hampa. Akhirnya, dia melonjak gembira. Air mempelam telah dijumpai. Dia bergegas balik ke kampus UKM dan menuju ke bilik kuliah. Sebelum dia melangkah masuk, dia terdengar bunyi gelak ketawa yang meledak.

“Fareez.. ini untuk awak..” Terdengar suara seorang gadis. Melalui lubang pintu yang dikuak sedikit, Azaliana ternampak seorang gadis yang tidak menutup aurat memegang lengan Fareez. Azaliana tersentak. Tergamak gadis itu memegang lengan Fareez! Rasa geram yang teramat sangat menyerang Azaliana. Azaliana cuba mengamati wajah gadis itu. Dia terkejut. Gadis yang sama di Tunas Manja. Gadis yang merampas air mempelam!

Fareez menerima sebotol air mempelam daripada gadis itu. Rasa cemburu menyerang Azaliana. Air matanya mengalir. Botol air mempelam yang dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dilepaskan. Bunyi dentum kedengaran. Azaliana lantas berlari meninggalkan bilik kuliah itu.

Fareez meleraikan pegangan Mazalina. Dia berjalan keluar dan ternampak sebotol air mempelam berguling di atas lantai. Tangannya lantas mencapai botol itu. Dia memandang sekeliling. Tiada suspek yang disyaki. Semua pelajar bermuka selamba. Dia hairan. Dia membuka botol itu dan menghidunya. Tiada bau racun. Memang bau mempelam yang sah. Dia mencapai plastik itu. Beberapa batang anak rambut kelihatan. Dia masuk ke dalam bilik kuliah. Dia mencapai jarum dan meletakkan anak-anak rambut itu ke dalam sebuah beg plastik.

“Fareez.. apa yang awak sedang buat tu?” Mazalina bertanya.

“Lina.. can you leave me alone?” Mendengar suara Fareez yang serius itu, Mazalina memuncungkan bibirnya lalu meninggalkan Fareez bersendirian.

Fareez mengesyaki sesuatu. Menyimpan anak-anak rambut suspek merupakan satu langkah untuk mempertahankan dirinya daripada bahaya.

**********************************

“Jadi.. tolong siapkan ni.” Fareez menghulurkan beberapa fail kes-kes yang berlaku dewasa ini kepada Azaliana. Azaliana menyambut tanpa sebarang butir bicara. Hatinya berdarah, berparut dan berluka akibat hal yang berlaku semalam. Fareez menyedarinya. Namun, dia mengambil tindakan untuk berdiam diri. Lebih baik jangan mengejutkan ular yang sedang bersembunyi di sebalik rumput.

“Kalau tak ada apa-apa, saya nak keluar dulu.” Azaliana berkata-kata.

Fareez mengangguk sambil tersenyum.

Namun , tangan Fareez lebih pantas. Dia mencapai botol mempelam yang dijumpainya semalam dan meminumnya. Azaliana terkesima. Takkanlah Fareez terus minum? Tak takut ada racun ke? ‘Tapi mestilah takkan ada racun, sebab itu saya yang beli. Kalau cinta akan seseorang, takkanlah nak meracunkannya?’ detik hati Azaliana.

Fareez menyedari perubahan riak muka Azaliana.

“Hmm.. Aza..”

“Apa?” sahut Azaliana.

“Awak rasa siapa yang berikan botol air mempelam ni kat saya yek?”

“Mana saya tau? Takkanlah awak tak tau siapa yang berikan pada awak?”

“Hmm.. orang ni memang penakut la.. Dia terus campak botol air mempelamnya kat luar bilik kuliah kita..” Fareez sengaja memasang umpan. Azaliana terkesima.

‘Tak boleh! Aku tak boleh tewas pada Fareez!’ raung Azaliana dalam hatinya.

“Aza.. don’t you have the answer?”

“Apa awak ni? Bukannya saya yang bagi pun.. buat apa saya ada answer?” Azaliana menjadi geram.

“Saya tak cakap awak bagi pun!” Fareez tersenyum. Umpannya mengena. Dia menghampiri Azaliana. Muka Azaliana berubah riak.

“Awak.. awak.. nak buat apa?” Terketar-ketar suara Azaliana.

Fareez tersenyum lebar. Jarak mukanya dengan muka Azaliana hanyalah seinci sahaja. Azaliana diserang ketakutan kronik. Dia memejamkan matanya dan akur pada takdir.

Tiba-tiba, ketawa Fareez bergema. Azaliana membuka matanya. Wajahnya merona merah. Rupa-rupanya, Fareez sedang mempermainkannya. Azaliana mencebik.

“Awak ni kan!!!” Geram sungguh Azaliana dibuat Fareez.

Fareez tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Kenapa? Tak puas hati ke? Awak nak ke first kiss awak tu melayang? Kalau awak nak, saya layangkanlah!” Fareez masih menyakat Azaliana.

“Apalah! Tak nak!!! Tak ingin aku!! Tapi, awak camne tau first kiss saya lum kantoi?” Azaliana hairan.

“Adalah..” Fareez masih enggan membongkar rahsianya. Azaliana mendengus geram. Fareez tersenyum.

“Jadi.. u admitted right?”

“Apa?” Azaliana buat-buat tak faham.

“Aza…” Suara Fareez mendatar sahaja. Jika orang yang berdepan dengannya bukan Azaliana, dia sudah lama mencekik orang itu! Geram sungguh!

“Er.. ya la..” Akhirnya, Azaliana mengaku. Fareez tersenyum.

“Awak ni sejak bila suka kat saya?” Senyuman tidak lekang dari bibir Fareez. Muka Azaliana merona merah.

“Tak de la.. Bye..” Azaliana terus berlari meninggalkan bilik kuliah itu. Fareez tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aza Oh Aza..

************************************

“Abah.. Apa khabar?” Fareez menelefon ayahnya, Tan Sri Zaki setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita dari ayahnya.

“Khabar tak baik..”

“Abah.. apa masalah yang abah sedang hadapi?”

“Tak de.. Tipu awak je.. Macam mana kehidupan Riz?”

“Okey je..”

Ada calon menantu tak?” gurau Tan Sri Zaki. Fareez tersenyum.

“Abah.. saya baru umur 20 tahun tau..”

“Bila cuti semester yang akan datang, balik rumah. Nanti abah kenalkan anak gadis Tan Sri Ismail..”

“Abah… janganlah.. please..” rayu Fareez.

“Kalau tak, cuti semester nanti, bawak calon menantu balik rumah. Kalau tak bawak, jaga-jagalah!” Tan Sri Ismail memberi amaran kepada anak bujangnya. Walaupun umur 20 masih mentah dan muda, dia tidak kisah jika anaknya ingin berkahwin. Sejak kecil, Fareez merupakan seorang anak yang bijak. Dia selalu memegang tempat pertama. Tidak pernah gagal.

“Muktamad!”

“Ya lah.. yalah..” Akhirnya, Fareez mengalah. Setelah memutuskan talian, Fareez mengeluh hampa. Dia harus menawan hati Azaliana sebelum orang lain. Dia harus bertindak cepat dan berkesan. Dia juga tahu, Azaliana menyimpan sedikit perasaan terhadapnya. Namun, tidak mustahil untuk seseorang itu berubah hati.

EPISOD SETERUSNYA...

~jc~



Wednesday, July 8, 2009

cinta menggamit tubuhku bab 1

Burung berkicauan , daun berterbangan. Begitulah suasana halaman rumah seorang gadis muda yang bernama Noor Azaliana bin Syamsudin Yusof. Ana balik ke kampung kelahirannya, Kampung Baru, sempena cuti semester kampusnya, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kampung ini terletak di Kuala Lumpur. Ana mengambil jurusan undang-undang. Dia merupakan pelajar tahun pertama di kampusnya. Dia tinggal di asrama sekolah bersama-sama dengan teman sebiliknya, Farah.

Semasa ketiadaannya di kampung, rumahnya hanyalah dihuni oleh ibunya. Ibunya merupakan seorang ibu tunggal. Ibunya pernah berkata bahawa ayahnya sudah menemui ajal. Namun, yang dia hairan adalah di manakah kubur ayahnya? Mengapakah ibu selalu menangis tatkala dia bertanya tentang ayahnya? Pelbagai persoalan menerjah mindanya. Namun, Ana tidak mahu melayan semua persoalan tersebut. Aroma nasi lemak dan sambal belacan menusuk hidungnya. Ana lantas meninggalkan halaman rumah dan berlari ke dalam dapur. Ibunya tersenyum.

“Mak.. sedaplah.. Nak makan sikit..” Ana bermanja dengan ibunya. Puan Hamizah sekadar tersenyum. Beliau amat masak akan sikap anak tunggalnya ini. Ana merupakan seorang anak yang periang dan kuat berceloteh.

“Janganlah. Nanti lah.. Sabar ye.. Anakku..” Puan Hamizah melarang anaknya menjamah makanan yang baru dimasak tadi.

“Alah.. mak ni kan.. Tak sporting langsung.” Ana lantas memuncungkan mulutnya tanda memprotes. Puan Hamizah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Alah.. makan je lah.. Hidangkan kat meja tu..” arah Puan Hamizah. Riak muka Ana lantas menjadi ceria. Dia melompat kegirangan. Dia lantas melaksanakan arahan ibunya.

“Ana….” Sahut Puan Hamizah.

“Nape, mak?”

“Ana kena belajar sungguh-sungguh tau.. Jangan kecewakan mak lagi.” Pesan Puan Hamizah. Ana lantas mengangguk deras. Puan Hamizah mencapai tangan Ana lalu berkata, “Ana, jaga maruah dan imej diri tidak kira di mana Ana berada, okey?”

“Mak, jangan risau. Ana akan ingat pesanan ibu tu selalu. Mak, jangan risau, okey? Ana janji!” ujar Ana bersungguh-sungguh. Linangan air mata mula mengalir. Dia berasa terharu dan bersyukur atas kurniaan Tuhan kerana telah memiliki seorang ibu yang mulia.

“Okey. Jom makan. Nanti sejuk pulak!” Puan Hamizah tersenyum.

**********************************

“Tuan muda, sila bangun!!!!!!!!!! Jerit Mak Cik Sam. Fareez terkejut. Dia mengeluh.

“Mak cik.. benarkan saya tidur lebih lima minit, okey?” rayu Fareez.

“Tuan muda, pesanan daripada tuan bapak, tuan muda kena bangun hari ni. Tapi sekarang pun dah lewat!” ujar Mak Cik Sam. Fareez meneliti jam loceng di sebelah katilnya. Dia terkejut bukan kepalang. Sudah pukul 9 pagi! Maknanya dia belum sempat menunaikan solat. Fareez lantas turun dari katil. Dalam keadaan kelam-kabut, dia mencapai tuala lap meja dan membawanya masuk ke dalam bilik air! Mak Cik Sam tersenyum lucu.

Tidak sampai seminit, terdengar pekikan dari dalam bilik air.

“Mak Cik Sam, tolong ambilkan tuala mandi!”

**************************************

Minggu orientasi merupakan minggu yang menyeramkan bagi semua pelajar kampus. Noor Azaliana, seorang pelajar baru, terkial-kial. Dia tidak tahu ke manakah dia patut pergi. Tiba-tiba, bahunya disentuh. Ana tersentak. Dia menoleh. Ana terlopong. Serentak itu, dia menjerit kegirangan. Dia lantas memeluk Diana. Diana merupakan rakan karibnya sewaktu dia masih menuntut di sekolah menengah. Namun, keputusan SPM Diana tidaklah begitu memberangsangkan. Dengan itu, Diana ditukarkan oleh ayahnya ke sebuah sekolah Tingkatan Enam. Sejak itu, dia tidak berhubungan lagi dengan Diana.

“Diana, tak sangka! Awak belajar kat sini ke?” tanya Ana. Diana mengangguk.

“Maknanya, kita ni boleh jadi kawan kan?” usik Diana. Ana tersenyum.

“Kita kan dah kawan dulu?”

“Oh ya. Awak ambil kursus apa?” tanya Diana pula.

“Undang-undang. Awak?”

“Saya ni mana cerdik. Jurusan komputer je..” muram saja suara Diana. Ana serba salah.

“Diana, awak boleh berjaya. Tapi kan hari tu awak kata nak sambung Tingkatan Enam?”

“Tak kuasa aku. Ayah suruh aku sambung Tingkatan Enam. Tapi mak pulak suruh aku terus datang U. Pastu, ayahku mengalah..” terang Diana panjang lebar. Ana mengangguk.

“Semua pelajar sila datang ke kaunter pendaftaran untuk mengetahui siapakah senior anda!” suara seorang lelaki kedengaran melalui pembesar suara. Semua pelajar bergegas menuju ke kaunter. Tidak terkecuali juga Diana dan Noor Azaliana.

Noor Azaliana telah mengetahui nama seniornya. Fareez Fairuz bin Tan Sri Zaki Abdullah! Ya RABBI! Anak Tan Sri pulak tu! Ana bimbang, seniornya seorang yang angkuh dan bongkak. Maklumlah, anak Tan Sri! Kebimbangan dan kegelisahan mula menguasai minda gadis yang bernama Noor Azaliana bin Syamsudin Yusof.

Diana menerpa ke arahnya.

“Ana, senior awak tu siapa?” tanya Diana girang.

“Entah!” Azaliana mengujar sambil menjongket bahunya. Dia menunjukkan kertas cabutan itu kepada Diana. Riak muka Diana berubah.

“Ana, dia ni kan.. Paling famous tau! Dia tu kacak, berkarisma, tampan dan kaya! Oh! Untuk makluman anda, dia tu presiden Persatuan Disiplin Pelajar. Dia tu Ketua Pelajar Lelaki juga tau!!” ujar Diana bersungguh-sungguh. Ana terlopong.

“Wah.. hebatnya. Matilah aku kali ni!”

“Ana, aku tak takut nak kata hakikat.. Dia tu memang tegas. Dulu, semua juniornya telah dibuang kampus!” Masya-ALLAH. Aku lagilah takut.

“Eh.. Ana.. awak cepatlah pergi. Nanti si puting beliung putih tu mengamuk sakan!”

Azaliana bergegas meninggalkan Diana dan menuju ke bilik kuliah 303. Azaliana mengetuk pintu kuliah itu.

“Masuk!” Sebuah suara garau kedengaran. Jantung Azaliana berdegup kencang.

Azaliana menguak pintu kuliah. Pendingin hawa yang semestinya dipasang di bawah suhu yang rendah menegakkan bulu romanya. Seorang lelaki terpacak di dalam bilik kuliah itu.

‘Adess!!!! Kacaknya dia! Cairlah hatiku ni!’ detik hati Azaliana. Namun, dia teringatkan pesanan ibunya, Puan Hamizah, dua hari yang lepas.

“Hmm.. jadi awak ni Noor Azaliana binti Syamsudin Yusof kan?” tanya lelaki itu.

Ana mengangguk laju.

“Kenapa mengangguk? Bisu ke? Hah!!!?” bentak Fareez tiba-tiba. Kecut perut Azaliana dibuatnya.

“Ya. Er.. maksud saya.. saya ialah Noor Azaliana.. tapi saya bukan bisu!” Suara Noor Azaliana tiba-tiba meninggi. Fareez terkejut. ‘Boleh tahan gak si minah ni. Bukan main tinggikan suara kat saya ni!’ detik hati Fareez.

“Wah.. Cik Noor Azaliana, awak ni ada ibu bapa ke tak? Bukan main tinggikan suara kat senior. Saya ni tinggikan suara kat awak , ada alasan tau! Sebab saya tak nak nanti ada orang yang mengata junior saya ialah seorang gadis yang bisu. Tapi tak pasal-pasal aje awak ni tinggikan suara kat saya.. Saya ni senior awak.. awak faham dan tau tak?” soal Fareez sinis. ‘Haha… mesti si minah ni nak mintak maaf kat aku!’ detik hati Fareez.

Namun, Noor Azaliana masih tidak mempamerkan sebarang reaksi. Azaliana berdiri dengan berbelakangkan Fareez. Sehingga sekarang, Azaliana tidak mempamerkan sebarang reaksi mahupun menoleh. Fareez hairan. Fareez memandang muka Azaliana. Dia terkejut!

Air mata mengalir deras dari kelopak mata Azaliana. ‘Isyhh.. perempuan.. memang.. suka menangis.. aje.. sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis!’ bentak hati Fareez. Dia tidak ingin menengking Azaliana sebab dia khuatir Azaliana akan menghadapi penyakit ‘dissociative identity disorder’.

“Er.. Azaliana.. nape awak nangis?” tanya Fareez. Dia sengaja mempamerkan riak wajah yang acuh tak acuh. Azaliana tetap tidak menghiraukan pertanyaan seniornya.

“Aza..” Sekarang, barulah Azaliana mendongak. Panggilan “Aza” ialah panggilan yang diminatinya. Namun, semua orang memanggilnya “Ana”.

“Fareez, saya.. saya.. maafkan saya..” Air mata Azaliana mengalir deras bagaikan Sungai Rajang.

“Syhh.. jangan cakap lagi.. kay? Maafkan saya.. Saya.. berjanji tak akan tinggikan suara pada awak lagi.. Tapi, sekarang saya ialah senior awak. Jadi, please.. don’t cry anymore. Okay?” Tiba-tiba sahaja suara Fareez menjadi lembut.

“Awak… tadi bukan main lagi tengking saya.. nape sekarang suara awak lembut aje?” soal Azaliana.

“Awak ni.!!” Fareez berang. Namun, dia tidak menengking Azaliana.

Azaliana tersenyum.

“Awak ni.. menepati janji jugak ek.. hehe..” puji Azaliana. Fareez bangga.

“Okay.. jadi.. saya ialah senior awak..” Sebelum Fareez sempat menyambung kata-katanya, Azaliana menyampuk, “Senior, awak dah cakap banyak kali. Awak ingat saya ada menghidap penyakit tua ke?”

Fareez tersenyum dan menyambung, “Tak lah.. Jadi.. awak ni.. pangkat pertama SPM.. Jurusan undang-undang amat mencabar.. otak perlu bijak.. putar-belit.. adalah kunci pertama untuk setiap peguam. Untuk menjadi seorang peguam yang baik, perlulah menegakkan keadilan. Jangan menilai sesuatu dengan duit. Itu paling penting!” terang Fareez panjang lebar. Azaliana terpegun. Mulai saat itu, dia mula kagum terhadap seorang pemuda berkarisma yang bernama Fareez Fairuz bin Tan Sri Zaki Abdullah!