BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 11, 2009

bab 3

Suasana UKM hingar-bingar, haru-biru, huru-hara dan kelam-kabut. Setiap pelajar dikejutkan dengan berita yang baru dilemparkan. Seorang pelajar lelaki yang bernama Azman Rizan dicederakan di punggungnya. Punggung Azman Rizan telah ditikan dengan sebilah pisau yang tajam. Kini Azman Rizan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan sedang diselamatkan di bilik pembedahan ICU.

Dipercayai bahawa pisau yang digunakan mengandungi racun pada bilahnya. Racun telah merebak ke pinggang Azman. Pendarahan tahap kritikal menyebabkan Azman Rizan dihantar ke wad ICU.

Senior Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Forensik diarahkan ke tempat kejadian. Fareez mengetuai senior-senior tersebut. Masing-masing diberikan tugasan oleh Profesor Puan Madya Rohani, ketua pensyarah Fakulti Forensik. Fareez meronda di sekitar tempat kejadian itu.

Matanya menangkap kesan tapak kaki.

‘Bekas tapak kaki agak besar. Rasanya saiz Bata 9. Ada cop bintang!’ rungut Fareez sendirian. Dia lantas menekapkan bekas tapak kaki itu pada sekeping plastik lut sinar. Matanya terbeliak. Sebatang anak rambut turut kelihatan. Dia mengambil bukti itu dengan penuh berwaspada.

Azaliana tekun mengulangkaji pelajaran. Beberapa jenis kanun keseksaan telah dihafal. Ini akan membantunya dalam peperiksaan semester pertama yang bakal dihadapinya. Azaliana merungut sendirian. Deringan telefon menyedarkan Azaliana daripada lamunannya. Dia meraba-raba poketnya. Pelik. Telefon bimbitnya tidak berisyarat.

‘Takkanlah hantu? Oh no!!’ Azaliana meraup mukanya. Namun, vibration yang terhasil menunjukkan telefon bimbit Fareez sedang berbunyi.

Azaliana menarik nafas lega. Dia menjawab panggilan itu.

“Halo, darling. Tengah buat apa tu?” kedengaran seorang gadis sedang merengek manja. Telefon bimbit terlepas daripada pegangan Azaliana. Air matanya mengalir jua. Hatinya remuk-redam, resah-gelisah. Cintanya hancur punah. Segala impiannya selama ini hancur musnah.

Azaliana meneliti nama gadis genit itu.

“Nana….” Azaliana berkata perlahan. Dia lantas berlari keluar dari bilik kuliah itu. Air mata yang berderasan tidak dikesat. Keredaman hati tidak dapat diubati lagi. Dia tekad! Dia tekad untuk melupakan Fareez Fairuz bin Tan Sri Zaki Abdullah.

Fareez terkejut. Telefon bimbitnya berada di atas lantai.

“Masya ALLAH. Tadi kan letak atas meja!” rungut Fareez. Yang pelik lagi, Azaliana tidak kelihatan di dalam bilik kuliah itu.

‘Aku mesti gi cari dia!’ Fareez bertekad. Sebaik sahaja Fareez berlangkah keluar dari bilik kuliah itu, telefonnya berdering. Nana!

“Hello…” Fareez menjawab malas.

“Riz, kenapa tadi awak putuskan talian?”

“Apa?” Fareez tidak faham.

“Awak ni tak faham ke? Tadi saya call awak, awak ada jawab tapi lepas tu saya terdengar telefon awak tu jatuh…”

Kini, Fareez tahu. Pasti Azaliana sedang cemburu dan merajuk. Fareez tersenyum lebar.

“Er.. Nana, tadi saya nak terkencing lah!”

“Apa? Hahahaha….” Nana berasa sungguh lucu atas kata-kata Fareez itu. Fareez terus memutuskan talian. Baginya, dia perlu mencari Azaliana sampai dapat! Itu paling penting!

0 comments: